Thursday, May 19, 2011

My day~

Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi.
Mataku masih belum mengantuk,
sebab semalam tidur awal.



"Hadi (adik no.3), Pukul 9.30 nanti, jangan lupa buka Bakery."



Aku sengaja tutup mata,
tanda aku sedang lena tidur.
Aku tahu yang adik no.3 aku
pun tengah tidur time tu.






So,
bila my mom balik nanti,
kalau dia tengok kami masih
berada di rumah, dan bukannya
berada di Bakery,
aku boleh cakap :


"Eh? Bila masa mommy cakap buka Bakery?
Kakak tak dengar pun? Kakak kan tengah tidur."







Hahahahahha~
Ini kes malas nak jaga
Bakery lah ni.
Hehehe...



Lepas je my mom, dad, and Darwisha
pergi sekolah, aku terus sambung tidur.
Tapi, malangnya,
aku memang dah tak boleh nak
lelapkan mata.



So,
aku pun buka laptop,
and online.
Mula-mula just nak tengok keadaan
game yang aku main di Facebook.



Lepas tu,
entah macam mana,
aku boleh tengok America's Next Top Model
dekat youtube.



Aku ingat nak tengok
part yang finale je.
Tapi, tiba-tiba rasa best,
and tengok lama-lama.



Sedar-sedar je,
dah pukul 9.30 pagi.



"Alamak! Mommy suruh jaga Bakery. Tapi nak tengok cerita ni..."



So,
aku pun berlari-lari pergi bilik
my adik no.3,
and ketuk pintu perlahan-lahan.
Lepas tu,
terus panggil nama adik aku,
perlahan-lahan :


"Hadi.. pergi Bakery~"



Lepas tu,
aku lari lintang - pukang,
pergi telefon my mom.


Anizz : Kakak dah kejut Hadi banyak kali. Tapi dia tak nak bangun.

Mom : Kejut lagi sekali. Kena jaga Bakery pukul 9.30 pagi juga.



Anizz : Iye... Dah kejut. Dah jerit pun. Tapi dia tak nak bangun.
Kalau
pergi pukul 11, boleh?

Mom : Hmm.. Ok lah.




Yes! Yes! Yes! Yes! Yes!



Aku boleh sambung tengok
cerita Top Model tu!



Aku sengaja je ketuk pintu bilik
perlahan-lahan,
supaya aku boleh salahkan adik aku,
yang aku dah kejut,
tapi dia tak nak bangun.
Heheheh...



Lepas je aku letak telefon,
adik no.3 aku lalu sebelah aku.
Baru bangun.


Anizz : Hadi! Pergi tidur balik! Mommy cakap buka Bakery pukul 11.



Gila lah!
Aku ketuk pintu, panggil nama dia
punyalah perlahan.
Dia boleh terbangun juga?
Dia tidur sebelah pintu ke pun?



Dalam pukul 11 tu,
adik aku hantar aku pergi Bakery.



Sedang aku menjadi anak
yang solehah,
kemas itu dan ini,
mop itu dan ini,
tiba-tiba datang sorang customer ni.
"Ahh sudahh... Lupa nak tanya harga cake dekat my mom."






Penat aku telefon my mom,
then customer tu beli juga
chocolate cake,
tapi dia request untuk tulis
"Selamat Hari Lahir, Aizat yang ke 12".



Ahh sudahh...
My mom ada dekat sekolah.
And my mom ada kelas sekejap lagi.
Plus, my mom ada 'problem' sikit
dengan orang atasan dia.



Alah,
problem kecil je.
Confirm,
kalau korang tahu apa problem
my mom, mesti korang gelak.
Macam budak-budak.
Hahahahhaahah~



Aku dah cakap dekat customer tu,
aku tak reti tulis.
My mom pula tengah kerja,
and boleh tak dia datang lagi 2 jam,
sebab my mom habis kelas lagi 2 jam.



Tapi dia tak boleh datang.
Jalan rumah dia tengah di repair.
Dia cakap,
kalau aku yang tulis pun tak apa.
Tak kisah lah cantik ke tak.



In the end,
dia pergi hantar makanan
dekat rumah kawan dia dulu,
and datang semula untuk ambil cake,
dalam masa sejam.



Aku pun try lah tulis atas
cake's board.
Practice makes perfect.






Serious hodoh.
Budak (Aizat) tu boleh trauma tengok
birthday cake dia macam tu.
Hahahaha~
Siapa suruh aku yang tulis?



Before aku men-trauma kan
budak tu dengan tulisanku,
aku pun telefon my mom buat
kali terakhir.


"Kejap lagi mommy sampai."



Fuh~
Nasib budak tu baik.
My mom yang tulis akhirnya.
Kalau tak~
Hahahhahahaha~



_____________ Anizz ______________

1 comment:

Wawa Zolkepli said...

kalau takk, birthday bakal bertukar jd BURNDAY *kite bako jer..