Saturday, March 26, 2011

Demam Part : 3

Bila dah demam,
mestilah teringatkan my mom.
Seriously rasa macam nak balik.
Demam dah ok sedikit.
Tapi batuk sengsara tu still ada lagi.



Bila dekat rumah,
my mom boleh tolong jaga kan.
Tapi, bila dekat sini,
kena jaga diri sendiri.



Aku tinggal sorang-sorang je
dekat rumah ni.
Semua housemate tak ada.
Ada yang balik rumah,
ada yang pergi program anak angkat.
Ada yang pergi bersocial dekat KL.



Dulu,
my mom pernah masak Tom Yam
dekat rumah.
Aku tak suka Tom Yam.
Tapi hari tu I saja je nak test.
Ya la, my mom yang masak.



Then,
malam tu aku terus sesak nafas,
and hidung aku tersumbat.
Aku asyik bersin je.
Rupa-rupanya,
aku allergic dengan 'Belimbing Buluh'.






My mom cakap,
dia tak jumpa err... entah.
So, dia gantikan benda tu
dengan meletakkan belimbing buluh.



Malam tu,
my father ada kelas,
dia bawa kereta sekali.
Lepas je my father balik,
my mom cakap dia nak bawa
aku pergi klinik sebab tengok aku
dah macam teruk sangat.



Then,
my father marah aku.
My father cakap :
"Tu la. Makan ice-cream banyak-banyak!"



Ya,
mungkin anda akan cakap,
ayat tu hanya akan di ungkapkan
pada kanak-kanak sahaja.
Tapi, aku tak makan ice-cream pun
hari tu.
Aku makan ice-cream semalam je.
My father ni..... (- ___ -)



So,
malam tu juga me and my mom
pergi klinik.
Balik je dari klinik, my mom suruh
makan ubat and pergi tidur.



Of course aku tak boleh tidur.
Rasa ubat yang doktor bagi tu pahit gila.
Aku asyik bangun and muntah je.
Sampai aku rasa macam nak tidur dalam toilet.



Tapi,
sengsara tu sekejap je.
Esoknya,
aku dah jadi macam raja.
My mom suruh baring depan TV.
Then, my mom bawa kan sup and ubat.
Lepas tu baru pergi kerja.



Tak sampai 2 jam,
my mom balik untuk make sure
aku dah ok ke belum.
Sebab masa my mom nak pergi kerja tadi,
aku memang nampak tak larat.



***** Flash Back *****

Tapi,
memang aku tak larat pun.
Bila bye-bye my mom and dad pergi kerja tadi,
aku terus melompat-lompat kegembiraan,
sebab aku demam,
and aku duduk sorang-sorang kat rumah.



No Darwisha at home.
Fu-wah~~ Best gila.
My mom and dad hantar Darwisha
dekat rumah Nanny dia.



Kalau Darwisha ada dekat rumah,
nanti dia akan cakap :


"Kakak, nak nasi dengan tolor (telur)"

"Eh, Kakak kata kakak demam, kenapa kakak jumping?"

"Kakak, tolong buka mom's laptop. Darwisha nak main game."

"Kakak, Darwisha rasa haus. Darwisha nak Milo."




"Kakak, Darwisha nak mee super hero (Mee goreng jenama Sedaap)"

"Kakak! Darwisha nak tengok Dora. Jangan lah tukar TV."

"Kakak! Darwisha nak tengok Go Yego, Go. (Go, Diego. Go!) Jangan lah tukar."

"Kakak, sorry.. Darwisha tertumpahkan air. Hehe.."



"Kakak, Darwisha nak shee shee."

"Kakak, game ni tak best. Darwisha nak main game lain."

"Kakak, bila mom and dad nak balik?"

"Kakak, telefon lah mom and dad suruh balik cepat."



Faham tak perasaan aku?
Kakak tu, Kakak ni..
Makin demam aku.



Selalunya,
Darwisha tak akan benar kan,
sesiapa tukar channel time dia
tengok cerita cartoon.



Tapi,
bila aku demam,
tiba-tiba dia bagi aku tengok cerita
yang aku nak tengok.
Aku agak was-was pada mulanya.



Then,
aku tukar je lah.
Dia pun join sekali tengok movie dekat
channel HBO dengan aku.
Aku saja tak nak pilih genre seram,
sebab dia ada dekat sebelah aku.
Aku tengoklah cerita Home Alone.



Rupa-rupanya,
setiap 15 saat, dia akan tanya aku
macam-macam soalan.
Ya! Aku dah kira masa.
Setiap 15 saat, aku akan dengar :

"Kakak, kenapa mommy dia tak nak bawa dia sekali?

"Kakak, kenapa... bla..bla..bla..."



So,
berbalik kepada cerita tadi,
selepas aku melompat kegembiraan,
aku tengok TV sambil baring-baring.
Makan roti, berguling-guling dekat carpet.
Tak nak makan ubat lagi.
Sebab nanti dah sihat.
Kalau dah sihat, kena masak nasi.



Lepas tu,
tak sampai 2 jam,
aku dengar bunyi kereta.
My mom balik sebab nak make sure aku ok.
Cepat-cepat aku makan ubat,
minum sup 3 sudu.



Then,
terus baring sambil letak towel basah
yang makin kering sebab suhu aku still panas lagi.
Bila terdengar my mom panggil aku
selepas tutup pintu rumah,
aku cepat-cepat buat muka sengsara.



Ya,
muka macam orang yang dari tadi baring,
tak pernah melompat-lompat,
tak pernah menjerit-jerit Yahoo~,
tak pernah berguling-guling..
Muka orang yang sedang demam panas.


Mom : (sambil pegang dahi aku yang panas) Dah makan ubat?

Aku : (Muka tak larat, buka mulut sedikit) Dah..



Mom : Kenapa tak makan sup?

Aku : (Muka tak larat) Tak larat nak makan.. Makan sikit je..



Mom : Kena makan sup. Biar panas tu hilang sikit. Pukul berapa makan ubat tadi?

Aku : (Muka tak larat) Lepas mommy pergi kerja tadi, terus makan ubat.
*PENIPU*



Mom : Nanti mommy panaskan sup. Makan tau. Mommy ada kelas ni.

Aku : Ok. (Dalam hati dah happy sebab my mom nak pergi kerja semula)



Mom : Tak larat lagi ke, ni?

Aku : (Anggukkan kepala dengan lemah)



Mom : Ok, balik nanti, mommy suruh daddy ambil daun betik.
Nanti mommy buatkan air daun betik. Cepat sikit sembuh.
Ok mommy pergi dulu. Pukul 12 makan ubat semula.

Aku : (Terkedu dan terkesima)






Air DAUN BETIK???!!!
Tidaaaaakkkkkkkkk!!!!
Aku tak suka air tu!
Yuck! Yuck! Yuck!!
Tak sedap!
Pahit gila!!!



So,
bila my mom and dad balik je,
aku terus buat muka sihat.
Even tak larat macam mana pun aku,
aku mesti KENA buat muka sihat!!
Aku tak nak minum air tu!
Yuck! Yuck! Yuck!



Siapalah yang bijak sangat tulis
dekat internet yang air daun betik tu
sangat berkhasiat??
Aku nak shut down or heck website tu.
Aku tak kira!
Ini satu penyiksaan!!



Beberapa bulan yang lepas,
Darwisha demam.
Masa tu kami berada di dalam kereta,
aku baru balik dari campus.
My mom and dad risau sebab Darwisha
demam dah lama.



Aku : Kenapa tak bagi Darwisha minum air daun betik?
(muka jahat)

Mom and Dad : Haishh! Dia kan kecil lagi.


Then,
my dad gelak.
Aku tahu, my dad pun rasa
yang air daun betik tu pahit gila.
Seriously, kalau anda minum air daun betik tu,
confirm seteruk mana pun condition anda,
anda akan cakap anda dah sihat.



Masa first time aku minum air tu,
adik aku dah bagi warning.
Aku pula berlagak cool,
macam tak ada apa nak ditakutkan.



Masa aku pegang gelas tu,
aku bau air tu macam ok je.
Bila sekali teguk je,
terus maut.
Seriously pahit!
Aku terus luahkan balik.
Tak sempat pergi sinki.
Yuck! Yuck! Yuck!


So,
sekarang ni,
bila aku demam time week days,
and tiba-tiba my father belikan
nasi lemak pagi-pagi,
(sebab selalunya dia beli time weekend)
aku dah boleh agak.
Aku bakal meminum air daun betik
tidak lama lagi.



________________Anizz__________________

1 comment:

Anonymous said...

Salam Dik..untuk batuk cuba perah air limau nipis campur sikit dgn madu..insyaAllah melegakan dan jangan lupa minum banyak2 air suam2 panas hehe...semuga cepat sembuh..KM