Thursday, March 31, 2011

Mood apakah ini?

Hari ini kelas aku full.
Start from pukul 8.30 pagi,
sehinggalah 2.30 petang.
Malam ni pula ada kelas lagi.



Pagi tadi ada quiz,
and Alhamdulillah,
boleh LAH jawab~
Hehehehe...



Selepas dapat tahu yang
my handsome and kind father and
my beautiful and generous mother
dah masuk kan my allowance,
aku pun tanpa berlengah lagi,
terus pergi The Store.



Bukan untuk memboros!
Tapi untuk membeli beberapa
barang yang sedang nazak di dalam
simpanan ku.



Contohnya,
tadi aku beli shampoo + conditioner
Ok, mesti my mom cakap I
'menada-nada' (pelat Darwisha for 'mengada-ngada')
nak beli conditioner.
Hahahahaha~



Biarlah, my mom ni tak tahu ke,
anak dia ni ada rambut yang cantik??
Hihihihihi.... (^________^)



Lepas tu,
aku beli pencuci muka, perfume,
and stock makanan.
Sebab, aku rasa lebih baik aku
beli stock makanan sekaligus,
daripada everyday aku beli
makanan 'menggemukkan' di bawah.



Aku tak nak beritahu yang aku
beli stock makanan apa,
sebab nanti my mom and dad cakap :


Dad : Asyik beli chocolate je. Patutlah tak kurus-kurus.

Mom : Beli keropok? Patutlah asyik sakit je. Makan benda
yang tak berkhasiat.



So,
lebih baik aku diam.
Ok, I admit.
Aku ada beli keropok and
chocolate.
Tapi aku tak nak beritahu quantity dia.
Nanti my mom akan terus call I
lepas dia baca blog ni.
Hahahahahaha~





Masa nak bayar dekat kaunter tadi,
aku hampir terpengsan bila tengok
harga yang tertera dekat cash machine tu.



Aku budget yang semua barang tadi
under RM 50 sebab selalunya kalau
aku shopping makanan,
aku just belanja maximum RM 35.



Masa aku tengok harga dekat cash machine,
aku terus terdiam.
Kepala aku dah berpusing-pusing.
Aku tersedar bila cashier tu cakap ;
"Dik, semuanya RM70. Ada kad The Store tak?"




Nasib baik dia panggil aku 'Adik'.
Kalau panggil aku 'Akak',
memang aku terus tak sedar-sedar
dari perasaan terkedu + terkesima.
Even sampai The Store dah tutup pun,
aku akan still berdiri sambil pegang purse
dekat tangan.
Punyalah culture shock. Hohoho~



Selalunya,
aku akan tengok harga tu bila
aku keluar shopping dengan my mom.
Kalau setakat harga RM70 ni,
aku langsung tak kisah,
sebab my mom yang tolong bayarkan.



Ni,
bila dah kena keluarkan duit sendiri,
aku jadi terkedu seketika.
Aku hampir-hampir nak buat bunyi :
"Haaaaaaaahhhhh?????????!"
Sambil pura-pura sakit jantung.
Terus ambil panadol and makan
dekat situ juga.



Penyakit Migrain yang tak
pernah ada tu pun,
tiba-tiba muncul.



Lepas je balik dari The Store,
aku jadi lagi tension bila tengok
rumah bersepah.
Bukan bilik bersepah.
Tapi RUMAH bersepah.






Dengan kasut tak bersusun,
sampah berkeliaran. Hahahaha~
Habuk berlegaran. Hahahahha~
Aku tension.
Aku tengok jadual bertugas.



Huh!
Aku dah agak!!
Aku yang bertugas hari ni.



Lepas je buka tudung,
and simpan semua barang-barang
yang dah di beli tadi,
aku terus sapu bilik aku dulu.
Then, barulah kemas rumah.



Semua kasut aku susun dengan teratur.
Itu first time kasut dekat rumah aku
telah di susun sepanjang 3 bulan duduk dekat sini.
Aku sure, mesti malam nanti, kasut tu sepah balik.



Aii...
Kalau ni rumah aku yang sebenar,
memang dah lama kena sound direct.
Kalau tu adik aku,
dah lama aku dera habis-habisan.






Yang aku tak faham,
mangkuk and mug sendiri pun
tak nak basuh.
Terbiar ke dekat sinki berhari-hari.
Tu betul-betul buat macam rumah sendiri.



Even dekat rumah aku pun,
ok. Bukan rumah aku,
tapi rumah Darwisha.
Ha, sambung balik.
Even dekat rumah Darwisha pun
aku tak akan biarkan pinggan tu
lama-lama dekat sinki.



Bukan sebab rajin or pembersih.
Tapi nanti my beautiful mom,
and handsome dad akan bising 24 hours.
Kalau mereka tak bising pun,
mesti 'tuan rumah' a.k.a Darwisha
akan bising.



Darwisha : (sambil cekak pinggang) Ni siapa orang yang sepah-sepah kan
rumah Darwisha ni? Ni 'misti' (mesti) Angah dengan Abang Hadi!



For your information,
yang sebenarnya, dia lah orangnya
yang menyepahkan rumah sendiri.
Tapi menuduh abang-abang dia.



Dia tak berani tuduh aku,
sebab selama ni akulah yang
kena kemaskan semua benda yang
dia sepahkan.


Darwisha : Kakak pergilah buat kerja, basuh pinggan.
Darwisha nak main game.

Aku : Eh? Darwisha lah yang pergi basuh pinggan.



Darwisha : Darwisha kan kecil lagi. Budak besar sikit tak boleh
basuh pinggan. Nanti mommy dia marah.

Aku : Eh? Bila masa mommy dia marah??



Akhirnya,
aku juga yang kena basuh pinggan.
Nak harapkan adik no.2 and no.3 aku?
Huh. Jangan mimpilah.



Kadang-kadang diorang
ikut juga cakap aku.
Tapi jarang gila.
Setahun dua kali je.



Kalau aku menjerit-jerit suruh tolong,
confirm diorang melawan.
So, aku kena buat taktik seperti,
buat muka tension + 100% annoyed,
then bagi mereka arahan tanpa melihat mata
mereka tanda 'I'm not in the mood. Don't mess up with me.'



And,
ta-dah~
Bling** pinggan dah siap di basuh.
Bling** baju dah siap disidai.
Bling** sampah sudah siap di buang.
Bling** Bilik TV sudah siap di sapu.
Bling** nasi sudah siap di masak.
Bling** lauk seperti sayur and ikan sudah siap di masak.



Oh,
aku memang tak suka memasak.
So, adik-adik I yang lelaki ni lah
yang akan masak dirumah.
Tak suka bukan bermakna 'tak tahu'.
Jangan salah faham.



Percayalah,
anda tidak akan mahu tengok
rupa I yang sedang annoyed.
Confirm anda akan jadi takut
nak tegur I lepas ni.



Errr...
Tapi I still lagi seorang yang
baik hati, ramah-tamah,
lemah-lembut, sopan-santun...
(^0^)v



P/S : Aku bukan pembersih, aku bukan pengotor.
Aku kadang-kadang je pembersih. Ikut mood.

sebulan sekali je. (-.^)v


___________Anizz_____________

1 comment:

B33HA B3n said...

hi...follow blog satu kampus ni...hehe..nice story like2...melawat kite jugak eh...

http://sepatukacasindarella.blogspot.com/