Monday, March 21, 2011

My Nenek..

P/S : Gambar tak boleh upload.
Sebab wireless teramatlah Lem.....Bab...



Setelah mendapat panggilan
from my mom yang my family
dah nak sampai,
aku pun cepat-cepat keluar dan
menaiki lift.



Aku duduk di ruang menunggu
di bawah apartment kami.
Masa ni aku tengah tercari-cari
kelibat kereta my mom and dad.



"Adik nak balik mana?"


Aku pun memandang Pak Guard
yang duduk di hadapanku.
Dengan sopannya aku menjawab.



Anizz : Nak Balik Johor.

PG : Rumah adik dekat mana?



Anizz : Rumah saya dekat Perak.

PG : Habis, nak pergi Johor buat apa?



Anizz :(Sambil buat muka sedih) Atok saya meninggal dunia. Nak pergi Johor sebab
nak kebumikan 'IJAZAH' dekat sana.

PG : Ijazah?



Anizz : Eh, tak. Jenazah. (Dalam hati : Adoyai...)



Peristiwa #2


Adik saudaraku, Sara Fateha,
berumur 21 tahun.
Sekarang dia ambil Degree in Art and Design
di UiTM Shah Alam.
So, dia ni memang pandai melukis!



Sara menghadiahkan aku sekeping
gambar yang dilukisnya.
Gambar tu menunjukkan seorang perempuan
sedang memegang lampu sambil berjalan
di kawasan kubur.
Sangat cantik lukisannya!



Aku pun melipat dan menyimpan
lukisan itu di dalam beg laptop.
Keesokan harinya,
my mak saudara, Mak Ndak telah
memberi aku sehelai kertas salinan
surat pengebumian Atok pada aku.
Aku pun melipat kertas itu dan meletakkannya
kedalam beg laptop.



Petang itu,
my Pak Su and adik no.2 aku
ingin mem 'photostat' dokumen-dokumen Atok.
Aku pun tanpa membuang masa meminta adik
aku tolong photostat kan surat pengebumian Atok.
Sebab, aku nak beri kepada lecturer sebagai
bukti ketidak hadiran aku ke kelas selama 2 hari.



"Tolong photostat 5 helai."
Setelah memberi surat tersebut,
muka adik aku terus berubah.



"Kakak, biar betul nak photostat ni?"



Aku yang kebingungan pun terus
melihat kertas yang di pegang adik aku.
Rupa-rupanya itu adalah lukisan yang
di hadiahkan oleh Sara semalam.
Lagi sekali, Adoyaii.....



Nasib baik tak bagi lecturer terus.
Kalau tak, mesti kena marah gila-gila punya.
Hahahahahaha.. (^0^)v



Ada banyak peristiwa yang berlaku
sepanjang 4 hari berada di rumah nenek dan Atok.
Itu adalah kali pertama aku meng 'handle '
majlis pengebumian keluarga terdekat.
Selama ni,
kalau ada orang meninggal,
parents aku tak bagi ikut.



So,
aku tak tahu pula kena ada
majlis tahlil, or adat istiadat errr....
meraikan? Menyambut? berkabung? entahlah..
aku punya bahasa Melayu agak lemah.
Tapi, serious aku tak tahu!



Yang paling terkesan di hati,
(cewah! ayat skema!)
bila aku lihat adik-adik saudara aku
menangis semasa beratur nak mencium
Atok buat kali terakhir.



Mak-mak saudara aku pun menangis..
Nenek aku pun turut menangis.
Mak cik-mak cik yang aku tak kenal
pun menangis juga.



Ada yang sampai terduduk sambil menangis.
Ada yang potong line aku semasa berbaris.
Padahal aku ni cucu sulung, OK?
Aku patutnya kena beratur depan dia.
Cewah! Tak kisah.. Janji dapat beri penghormatan
pada my Atok buat kali terakhir.



Semasa mencium Atok,
aku dapat rasakan pipi Atok sejuk sangat.
Lepastu, masa tu,
tiba-tiba aku tercium ala-ala 'French Kiss'.
Maksud aku, cium siap ada bunyi "Cupp.."
Gedik style.
Adoyai... tengah sedih-sedih,
terbuat lawak bangang pula aku ni.



Tapi kan,
aku paling sedih bila dengar
Nenek aku telefon kawan-kawan Nenek,
untuk beritahu yang Atok dah meninggal,
minta halal dan maaf atas salah dan silap Atok.
Masa tu Nenek menangis dan banyak termenung.






Mak Su aku pun cakap yang
Nenek ni tabah orangnya.
Mak Su pun rasa sedih bila tengok
Nenek tidur sorang je malam-malam.



Masa dah nak balik ke Melaka,
aku salam Nenek sebab Nenek nak pergi
Kedah melawat Achik yang sedang sakit di sana.
Nenek menangis masa salam aku.
Nenek cakap :
"Belajar rajin-rajin, ya? Nenek nak pergi
jaga anak nenek yang sakit sorang lagi ni.."



Aku tanya my Mak Saudara,
maaf, lupa yang mana satu aku tanya.
Aku ada 6 mak saudara. Banyak sangat.


Anizz : Nanti siapa yang jaga Nenek?

Mak Saudara : Nenek cakap dia sayang nak tinggalkan
rumah ni. Nenek nak duduk sorang-sorang.
Nanti Mak Ngah tolong jenguk-jengukkan Nenek.



Besar betul dugaan Nenek.
Hope my Nenek akan sentiasa tabah.
(^_________^)v



______________Cucu Sulung : Tuanku Anizz_____________

4 comments:

Humaira' said...

anisz,
all bless to u n nenek..!! :(

Anonymous said...

Salam Adik..aduhai terasa pilu hati membacanya,lebih2 lagi melihat gambar mereka berdua..selalu2 lah call/ziarah nenek..dia sedih dan sunyi terasa macam hilang sebelah tanganlah katakan...semuga nenek dirahmati dan dimuliakan Allah SWT sebagai seorang isteri/ibu yang mithali..Amin..KM

Anonymous said...

Salam Aniez, takziah diatas pemergian Allahyarham Atuk dan untuk Nenek, semoga Allah akan merahmati beliau dengan kesehatan dan kesejahteraan... semoga Nenek terus tabah..Amin.. - cekdot.

AniZz said...

Humaira' : Oh~ thank you~ (^__^)

KM : Ok and thank you. Lagipun,
sebelum Atok meninggal, Atok ada cakap dekat nenek yang : "awak ni isteri yang solehah.." (^__^)

Cekdot : Thank you. (^__^)