Thursday, March 17, 2011

My Atok~ PART : 2

Caption : Comelkan Atok aku? Patutlah aku pun comel.
Dah my Atok comel. (^
0^)v



Petang semalam, (16hb March 2011),
my gradfather telah pergi
meninggal kan kami semua.



Entry aku sebelum ini ada menceritakan
tentang my Atok yang sakit. (klik link)



Dalam pukul 11.30 malam,
adik no.3 aku telefon,
masa tu aku tengah tidur.


"Kakak, Atok dah meninggal petang tadi"



Masa tu aku tengah mamai-mamai lagi.
Aku lagi sikit nak cakap :

"What the.. Jangan nak tipu. Benda macam ni mana
boleh main-main! Biadab betul."



Biasalah..
Orang baru bangun tidur,
temperature cepat naik.
Lebih-lebih lagi dengar berita
macam ni.



Lepas tu,
aku pun fikir sekejap.
Atok aku tengah sakit dekat hospital.
My Pak Ngah ada telefon semalamnya,
dia nak ajak aku pergi melawat Atok
pada hujung minggu ni.



Then,
adik no.3 aku pun cakap,
my mom pesan suruh sedekah kan al-fatihah
dekat my Atok.



Sekarang,
officially.
aku dah tak ada Atok dekat kampung.
Hanya tinggal nenek seorang..
Sedihnya...



Siapa yang nak bagi aku duit raya
yang banyak nanti?
Siapa yang nak tanya aku punya CGPA
nanti?



Aku baru je bercadang nak ajak
my grandparents datang time
convocation Degree aku nanti.
Aku even dah plan nak ajak
my grandparents pergi jalan-jalan
time aku bawa my family bila
dah kerja nanti.



Mesti nenek aku tengah bersedih sekarang..
My mom cakap,
sekejap lagi dia nak datang ambil
aku dekat kampus.
Sekarang baru pukul 2.38 pagi.



Aku dah settle kan semua benda.
Aku dah inform my classmate yang
aku tak dapat datang class.
Aku even dah siapkan assignment
dengan pantasnya tadi.
Aku dah inform warden and pak guard
yang aku my mom and dad nak ambil
aku sekejap lagi.



Aku dah sedekah kan Al-Fatihah dekat my Atok,
aku dah baca Yassin untuk Atok.
Aku dah packing barang untuk pergi
rumah Atok sebentar lagi.



Tapi..
Aku belum buat satu benda ni.
Dari dulu lagi aku nak telefon Atok
tanya khabar,
tapi asyik tangguh je,
sebab aku tak sure Atok aku dekat
rumah atau hospital.
Waaaaa~ TT.TT



Aku sebenarnya tak berapa pandai
nak buat ayat macam :
"Pemergian beliau amat di rasai oleh
kami sekeluarga..."
Aku tak pandai nak buat ayat macam tu.



Aku tak reti bersastera..
Sebab, masa dalam kelas sastera,
aku tak dengar cikgu cakap.
Aku kan budak nakal..
Aku even tak suka baca novel sastera..
Aku hanya reti cakap dalam bahasa aku je..



Hmmm....
Ustaz aku cakap,
masa orang meninggal dunia,
kita tak di galakkan menangis.
Sebab, dia telah kembali
kepada Allah.
Nanti rohnya bersedih bila tengok
kita menangis.



Orang cakap,
masa kita meninggal dunia,
roh kita akan terbang and tengok
ahli keluarga kita seorang demi
seorang sebelum pergi mengikut Malaikat.
Aku tak nak menangis.
Nanti Atok aku sedih.
Aku just diam dan mendoakannya
dari jauh je..



So,
bermulalah hidup aku tanpa
seorang Atok di sisi.
But the important is,
I love my Atok and I hope that :
1) Rohnya dicucuri rahmat,
2) My Atok pergi dalam keadaan yang tenang.
3) Dapat menjawab semua soalan
yang akan ditanya oleh Malaikat di dalam kubur nanti.
4) Hidup berbahagia di dalam kubur.



Mungkin ayat aku agak kebudak-budakan,
tapi seriously, aku tak reti nak gambarkan
perasaan aku melalui ayat orang dewasa.
Tapi itulah ayat yang terlintas dalam otak aku.
Sorry..




Al-Fatihah tu my Atok : Hj. Roslan Bin Daud


P/S : Mana my mom and dad ni....


_______________ Anizz __________________

6 comments:

Anonymous said...

mohon kebenaran untuk save gambar..tq...

Anonymous said...

Takziah untuk anda dan Family...
semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Salam takziah juga buat puan Roza dan Prof...

Anonymous said...

Salam Adik..akak ucapkan takziah kepada seluruh keluarga adik diatas pemergian atuk adik tercinta..semuga Allahyarham Pakcik Roslan ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan tinggi darjatnya disisi Allah SWT...Amin..kalau rindu kat atuk bacalah surah Mulk..Al Takhatur..surah yassin..surah qadar..surah ikhlas.ye..itulah yang dicakapkan ustaz..Al Fatihah..KM

AniZz said...

Anonymous 1 : Save gambar? Ok. (^-^)

Anonymous 2 : Thank you.

KM : Thank you.

Humaira' said...

innalillah wa inna ilaihi roji 'un
-semoga roh atok dicucuri rahmat olehNYA dan di tempatkan di kalangan orang2 yg di kasihiNYA..ameen, ya Robb

sirenility said...

be strong~~