*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*
WARNING!
Post ini berunsur kesedihan.
Seriously,
aku tak buat lawak.
(0.0) - ada aku gelak? (muka serious)
*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*
WARNING!
Post ini berunsur kesedihan.
Seriously,
aku tak buat lawak.
(0.0) - ada aku gelak? (muka serious)
*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*
Pukul 9.45 pagi tadi, my mom telefon aku.
Dia cakap, my Atok masuk hospital,
and my mom nak nombor handphone
adik no. 2 aku yang berada di UiTM Puncak Perdana.
My mom nak ajak adik no.2 aku melawat Atok di hospital.
Pukul 1.05 petang,
my Pak Ngah bagi mesej,
beritahu my Atok dekat ward di HUKL.
Aku tak dapat menghadirkan diri,
sebab aku ada module selama 2 hari.
Module ialah program yang semua student
WAJIB pergi.
Tak pergi, kena repeat next semester.
Aku baca my Pak Ngah's blog.
Macam teruk je keadaan my Atok.
.............
Sepanjang aku membesar,
aku ada seorang Atok,
and seorang nenek.
Emak my father dah lama meninggal dunia.
Aku tak sempat nak jumpa.
Ayah my father pula meninggal dunia
ketika aku masih kecil lagi.
So,
in other words,
aku hanya ada seorang Atok and nenek.
Iaitu ayah and emak my mom.
Masa kecil-kecil dulu,
aku selalu pelik,
kenapa semua orang ada 2 Atok and Nenek.
Sebab,
hidup aku hanya ada seorang Atok and Nenek je.
Atok aku seorang yang...
aku tak tahu lah macam mana
nak describe.
Aku rasa,
perkataan 'Best' sangat sesuai
untuk Atok aku.
Dulu,
my Atok selalu bawa kami (cucu)
pergi kebun, memancing~
Best!
Bila Raya pula,
my Atok selalu bagi duit Raya
paling banyak.
Lagilah bertambah Best!
(ada unsur mata duitan di situ..)
Atok aku juga seorang yang sangat tegas.
Lebih-lebih lagi bab sembahyang.
Kalau cucu-cucu nakal, dia tegur.
Tapi,
semenjak aku belajar di UiTM Segamat dulu,
aku telah jumpa something new about my Atok.
Iaitu,
setiap kali aku datang rumah Atok,
Atok mesti tanya CGPA.
Hahhahahaahahah~
Itu soalan wajib.
Atok aku sebenarnya ada penyakit.
Tapi,
aku tengok dia still macam sihat lagi.
Dia still lagi boleh keluar pergi masjid,
pergi kebun, pergi jalan-jalan~
Sekarang Atok aku ada di hospital.
And aku tak dapat pergi tengok pula.
(Cis, kau module!)
Aku terfikir,
kalau Atok aku dah tiada,
aku dah tak ada Atok lagi..
Dah 21 tahun 3 bulan aku hidup
dengan ada Atok and Nenek di 'kampung'.
(saja nak mention umur, aku still muda lagi~)
Oh ye,
rumah Atok and Nenek aku ni
macam kawasan bandar sedikit.
So,
time Raya,
tak ada lah pelita-pelita yang
di letakkan di depan rumah.
Aku teringin nak ber Raya macam
dekat dalam TV tu.
Maksud aku,
pasang pelita dekat kawasan halaman rumah,
start daripada jalan masuk,
sampailah ke depan pintu.
Ala-ala landasan kapal terbang~
And then,
ada ayah-ayah saudara sedang sibuk mengacau dodol,
emak-emak saudara sibuk menganyam ketupat,
Atok dan Nenek sedang sibuk masukkan
duit raya ke dalam sampul..
anak-anak saudara main mercun...
(aku lah anak-anak saudara tu)
Tapi..
Hari Raya aku tak seperti itu..
Tiada pelita..
Kalau letak pelita depan rumah Atok and Nenek,
nanti menganggu perjalanan pemandu kereta.
Dodol pula, kami beli dari Melaka.
Tak buat sendiri.
Ayah-ayah saudara aku tak kacau dodol..
Mereka kacau sup tulang.
Emak-emak saudara aku ada yang
menganyam ketupat,
ada yang tolong masak..
Atok and Nenek aku...
Errr.... aku tak tahu lah.
Mungkin pergi Masjid.
Tapi,
tahun lepas my Atok tolong
aku masukkan beras dalam ketupat.
My Nenek pula in charge bahagian dapur.
Anak-anak saudara pula?
Kami tak main mercun.
Nanti kena tangkap dengan Polis.
So, tengok TV and sepah kan rumah je lah.
Aku?
Aku merangkap semua perkejaan di atas.
1) kacau sup tulang.
2) Masukkan beras dalam ketupat.
3) Kupas bawang, etc.
4) Kemas tempat yang di sepahkan oleh adik-adik
saudara sekalian..
Tak tahu nak kategori kan aku
ni class yang mana.
Since aku ada participate dengan kerja
semua orang.
aku still buat apa yang adik saudara aku buat,
iaitu tengok TV.
Tapi tengok TV sambil buat kerja lah~
Aku harap,
Raya kali ini,
kami ada Bibik untuk membantu.
Seriously,
aku nak BIBIKs.
(plural).
Hmm...
Aku mungkin berada di dalam
keadaan bahaya jika my ayah and
emak saudara aku dah baca blog ni.
Hahhahaahhahah~
AniZz tak mengadu, tak merungut~
Just nak menceritakan je~
Aku ada juga terfikir,
kalau Atok aku dah tiada,
siapa yang nak bagi duit Raya yang
banyak kat aku nanti.
Sebab Atok aku still pegang record
pemberi duit Raya tertinggi.
Kalau boleh,
aku nak beratur 3 kali masa salam Atok aku.
Hehehe...
Kalau bab tanya CGPA tu,
aku ada banyak ayah and emak saudara
yang akan tanya soalan tu.
CGPA ialah keputusan peperiksaan akhir
yang di kumpul setiap semester.
The best is 4.oo,
the lowest is Zero; 0.
Tapi tu lah~
Aku tengok Atok aku selalu sangat ceria.
Sampai aku pun boleh ingat dia dah sembuh.
Aku harap my Atok cepat sembuh,
and di kurangkan kesakitan yang di alaminya.
Sebab,
aku baru ingat nak ajak my Atok and Nenek
pergi my Degree's Convocation.
Cewah!
Baru masuk Degree,
dah cakap pasal Convocation pulak~
Convocation time Diploma yang lepas,
my Atok and Nenek pergi Kedah,
melawat my Achik yang baru keluar
dari hospital..
So,
aku pergi dengan my mom and dad je lah~
Lastly,
please doa kan my Atok and Achik,
supaya berada di dalam keadaan
yang sihat dan selesa.
Aku tahu,
mesti ramai emak-emak,
atau ayah-ayah di luar sana yang
teringin nak ada anak or menantu macam aku.
Sebab aku ni baik hati, sopan-santun,
ramah-tamah, lemah-lembut, generous~
Kepada rakan-rakan sekalian,
jika parents anda membanding-bandingkan
anda dengan saya,
jangan lah jealous~
Walaupun saya ni mempunyai sikap
seperti di atas,
I still have naughty part inside me.
Cuma portion dia sedikit je
kalau nak di bandingkan dengan kebaik-hati'an saya.
Hahahahahahahahah~
So,
post kali ini ber-tema-kan sedih-sedih~
Aku tak rasa pun ada part yang
funny dalam post aku kali ini..
Apa-apa pun,
jagalah kesihatan diri anda~
Banyakkan bersenam macam aku
yang selalu naik dan turun tangga ni.
Kalau anda sakit,
ia hanyalah satu ujian dari Allah.
Jangan lah bersedih atau menyalahkan takdir.
Kalau jari anda terluka sedikit,
itu juga adalah ujian dari Allah.
Janganlah menyalahkan takdir.
Kalau dengan aku,
aku debik je budak yang terjerit-jerit
di tengah hujan menyalahkan takdir
sebab jarinya terluka.
Mari sini, biar aku potong terus jari tu.
Ikhlas dari,
AniZz
___________________
AniZz
___________________
10 comments:
aniz..kita doakan atok awak diredakan kesakitan yg ditanggungnya. ameen, ya Rob
Thank you, Humaira'~ (-.^)v
salam,
ooo ini anak saudara prof ye..ingatkan lelaki...semoga atuk sihat dan dapat duit raya tahun ni...tapi dh besar dapat lagi ke..:-)
Ishamzana : salam. Hehehe.. Perempuan lah~ thank you. Mesti lah still dapat duit raya, tak kerja lagi. ( ^ o ^ )v
salam Adik...sebak baca n3 dik kali nih...banyakkan baca AL IKHLAS untuk atuk ye....kakak musafir..
Ok, Thank you. ( ^ . ^ )v
salam...dtg dr blog bapa saudara kamu..PROF KAMIL.
Semoga atok kamu sembuh seperti sedia kala dan dpt bagi duit raya lagi utk cucu2nya.
Salam,
Ye, itu bapa saudara saya. ( ^ . ^ )v
Thank you sebab doakan my Atok.
Assalamualaikum Aniz,
Terbaca your entry in your uncle's blog (I am his "follower" :)). Kalau nak rasa raya macam dalam TV, jemputlah datang ke kampung mak cik di negeri sembilan. Kami memang pasang pelita ala lapanganterbang, seronok!! Good luck in your studies and maintain that CGPA;)
W.Salam.
Negeri Sembilan? Dekat je dengan AniZz punya campus tu.. Heee~ Mak Cik ada anak lelaki ke? Kalau ada, segan pula nak datang. Cewah! (^.^)v
Post a Comment