Monday, December 20, 2010

Sneak Peek into My Diary~

Thank you to Barbie Dolls for the pic.


Tak pernah-pernah ada
orang tunjuk diary bagi
orang lain baca, kan?


Except orang Jepun selalu
lah buat,
since mereka ada tradisi di mana,
girlfriend akan bagi boyfriendnya
read her diary.
Mana aku tahu semua ni?
Aku baca dalam Manga,
and tengok Anime.
Hahahahaha~


Ok,
semalam aku sibuk mengemas bilik.
Kenapa?
Sebab tengah cari Slip SPM.
Biasalah,
kalau result aku gempak gila,
mestilah aku frame, kan?
Ini dapat result #@%&!
Mestilah aku peronyok and,
buat main bola keranjang.
Heeee~
(Kan dah kena cari balik..)


Sedang sibuk-sibuk mencari,
aku terjumpa sebuah diary.
Yes, my diary.
Diary Sekolah Menengah ku
yang aku tulis secara gigih
tanpa miss satu hari pun,
selama seminggu.


Lepas seminggu tu,
terus tak tulis dah.
Hahahahaah~


Kenapa aku tak tulis?
My brothers.
Both of them.
No.2 and No.3.
Mereka BACA my diary!


Macam mana aku tahu?
Dekat depan diary tu,
aku tulis besar-besar :


_________________________
PRIVATE!

-Diary-

Barang siapa membacanya, adalah berdosa!

*AniZz*

4 Agama Sains
_________________________


Aku tertinggal diary tu di rumah.
Bila aku balik beberapa minggu
kemudiannya,
aku tengok diary aku dah jadi :

_________________________
PRIVATE!

-Diary-

Barang siapa membacanya, adalah berdosa!

*AniZz*
Bodoh
4 Agama Sains
__________________________



A.P.A.K.A.H.???!!!


Tak payah cakap lah dalam
diary aku tu dah jadi apa.
Benganglah aku!
Jelas-jelas dah tulis PRIVATE,
and kalau baca, berdosa.
Ceh!


Nasib baik masa tu,
aku budak-budak lagi.
Tak ada apa-apa yang menarik
berlaku ketika berada di Asrama.


Aku just tulis pasal
aku makan apa kat Dewan Makan,
event asrama, contohnya
gotong-royong yang amat annoying,
hari sukan, and keadaan aku semasa
berada di kelas Biology.
Nothing special.
Fuh~


Masa aku baca diary aku semalam,
aku tersengih-sengih tengok
betapa innocent nya aku ni dulu.


Aku pun selak helaian muka surat.
And ternampak satu catatan bertarikh,
12/04/200*.
Mari aku tunjukkan :

______________________
Hari : Khamis
Date : 12/04/200*

-Wah! First time aku tulis diary setelah kejadian Angah tak guna tu
baca diary aku! Tak apa, dah besar nanti, aku nak saman malu di atas
pencabulan hak privacy aku. *tuuuttt betul lah budak bawah umur tu (Angah)!

Nasib baik aku just tulis pasal makanan and cerita dekat TV je. Ni,
kalau dia baca juga, memang nak kena campak dengan aku!

Kepada Angah (adik no.2), and Hadi (adik no.3),
kalau korang baca juga diary aku ni,
aku campak korang dekat tengah-tengah laut!


Aktiviti Harian :

6.45 -7.15 : Solat
7.15 - 7.30 : Tidur
8.00 - 8.30 : Tengok cerita BBC
8.30 - 9.30 : Buat benda nakal (rahsia)
9.30 - 10.00 : Kacau Darwisha
10.00 - 10.30 : Tengok Ranma 1/2
10.30 - 9.30 pm : Kacau Darwisha lagi


p/s : Kenapa tulisan aku makin buruk?
Macam tulisan Angah (adik no.2).
Tapi tulisan aku lagi lawa.
Hahhahahah!! (^0^)v

____________________________________


Comel betul aku ni!
Siap tulis jadual kacau Darwisha lagi.
Ahh~ comelnya~
(biarlah aku nak puji diri sendiri!)


Untuk pengetahuan anda,
aku taip semua ni,
betul-betul sama dengan apa yang
aku tulis dulu.
Benda nakal apa yang aku buat tu,
aku pun tak tahu.
Sebab aku tulis (rahsia),
so, diriku sendiri pun tak tahu
benda nakal apa yang aku buat tu.
(nakal juga aku ni)


Kenapa aku nak cari Slip SPM?
Sebab aku nak masuk Degree la ni.
Haiiisssshhh~
Mana aku letak slip tu.


Pagi tadi,
lepas buat medical check-up,
aku terus pergi sekolah,
ingat nak ambil Sijil SPM.
Lepas tu,
staff situ dengan *tuuuttt nya,
layan aku macam *tuuuttt.
*tuuuutttt betul.


Maaf,
aku ni jenis yang tak suka
and tak pandai mencarut.
So,
setiap kali aku marah,
aku akan cakap *tuuttt instead of
menggunakan perkataan sebenar,
seperti *Pig*.


Sebab,
dulu,
my parents akan pukul mulut
kami kalau kami mengeluarkan
perkataan tidak elok.


So,
oleh kerana terbiasa dengan didikan
sedemikian,
aku kurang selesa mengeluarkan
perkataan kesat untuk menunjukkan
emosi aku ketika itu.


Kalau aku tercakap,
maksudnya aku tak tahu
apa maksud perkataan tersebut.
Selalunya,
aku eja.
Contohnya :
"Ba, wau, dal, wau, ha~"
(dalam tulisan Jawi. Nampak cerdik sikit.)



Dulu,
di UiTM,
aku ada seorang kawan yang
suka menyebut perkataan Si*l.
Aku tak tahu apa maksudnya itu.


And,
oleh kerana dah berjuta-juta
kali aku dengar perkataan tu,
so,
aku fikir ayat tu adalah OK.
Sebab,
senior aku tak marah pun
bila kawan aku cakap tu dekat mereka.


Sehinggalah,
pada suatu hari,
aku telefon my friend,
Amirul Mustaqim.
Dia cakap :
"Eh, tak elok lah cakap macam tu."


Then,
after that,
aku tanya kakak senior ku,
Kak Pia.
Dia pun cakap :


Kak Pia : Ha'ah. Ayat tu memang tak elok sebenarnya,
kamu tak tahu, ye?

Aku : Tak ada lah, AniZz tengok Jolie cakap ok je. So,
AniZz ingat ayat tu bukan lah teruk sangat..


Kak Pia :
Dia tu memang macam tu. Social sikit. Akak pun dah terikut-ikut
gaya dia cakap. Dah, lepas ni kamu jangan macam tu. Kita sama-sama stop, ok?




So,
then aku pun practice selama
sebulan tanpa menggunakan ayat tu.
And,
Ta-Dah~
I'm cured!


Thank you Taqim,
kalau kau tak cakap,
sampai sekarang aku tak tahu!
*clap..clap..*


Instead of saying the 'actual words',
lebih baik aku cakap *tuuttt.
Iaitu bunyi ayat di tapis di dalam TV.
Kalau cakap *beep..,
malas pula~


Berbalik kepada cerita staff tadi,
Staff lelaki tu ok je.
Dia cakap aku dah pernah ambil
sijil tu tahun lepas.
Hah??


Then,
dia pun pergilah tanya
Staff Veteran tu pasal masalah
aku ni.
Staff Veteran tu cakap,
"Hah. Ni kes nak tipu lah ni? Pura-pura tak ambil."


Wah!
Kalau aku tak tahu adab sopan,
memang dah kena debik dengan aku.
Aku just cakap yang aku tak perasan
bila aku dah ambil.


Sebab,
tarikh yang dia cakap aku
ambil tu,
merupakan tarikh aku berada di
Campus aku di JOHOR.
(sedar tak betapa jauhnya jarak tu?!)
Setahu aku,
aku tak pernah balik masa tu.
Tanda-tangan tu pula,
look suspicious to me.


Ah,
tak pe lah.
Mungkin aku dah ambil.
Aku je yang short term memory.
Then,
lepas cakap sorry and senyum,
aku pun keluarlah dengan sopan,
walaupun luaran aku nampak sopan,
tapi dalam hati aku,
aku berkira-kira untuk melaporkan
staff tu dekat pihak atasan.


Mak Cik tunggu je lah,
surat layang dari saya.
Ceh, rajin pulak aku nak
buat surat-surat cinta ni.


Anyway,
memang salah aku pun.
I admit it.
Gentle juga aku ni rupanya.


Aku maafkan mak cik tu even
dia layan aku macam tu.
Sebab?
Aku yang salah.
Lagipun,
aku ni kan baik hati, sopan-santun,
ramah-tamah, lemah-lembut~


Aku tak boleh terus marah je
bila mak cik tu cakap macam tu
dekat aku.
Sebab, generasi sekarang,
aku tengok,
kena marah sikit je,
terus nak lawan balik.


So,
biarlah aku nak didik adik-adik aku,
supaya berfikir dahulu sebelum menjawab.
Berfikirlah seperti hakim yang adil.
Bukan seperti Hakim yang di beri rasuah.


Kalau dah memang terang-terang
anda salah,
minta maaf dengan baik.
Walaupun hati tu rasa macam nak
debik je Mak Cik tu,
debik lah Mak Cik tu di dalam imiginasi anda.


Ya.
Lepas aku taip blog ni,
aku nak main game tumbuk-tumbuk.
Aku tengah cari game tumbuk-tumbuk
pekerja staff ni.
Hari tu aku ada jumpa,
tapi tak save link dia pula.
Lepas main game tu,
aku akan kembali mencari
Slip and Sijil SPM ku yang hilang.


p/s : Aku rasa macam blog aku ni boring pula.
Sorry ye kalau blog ni boring.
*sob..sob..


Have a Nice and Wonderful Day!
___________________________

2 comments:

Humaira' said...

salam ukhwah!! (",)

sy 'jumpa' blog awak smlm..~interesting n lawak sangat..sy bc non-stop semua entry, dan sy spt melihat sebahagian dari diri sy sendiri dlm diri awak.

Tks n wassalam.

AniZz said...

Thank you~ (^.^)v

tadi saya baca your blog juga. Interesting, and cute.

Gaya bahasa juga sangat excellent, unlike me. Heee~

Apa-apa pun, thanks, eh?