Monday, December 27, 2010

Kenangan di Asrama

Tadi aku terjumpa another
diary of mine.
Haiihhh~
Aku dah berubah~
Bila aku baca semula apa
yang aku tulis,
semuanya penuh dengan ayat-ayat Islamic.



Anda tahu tak yang dulu,
aku seorang pelajar Agama aliran Sains?
Dari Form 1 sampai Form 5.
Hidup di asrama dulu banyak
yang berkaitan dengan Islamic.



Sebagai contoh,
di sekolah,
aku rasa everyday aku belajar
Agama.
Contohnya Al-Quran Al-Sunnah,
Syariah dan Arab Tinggi.
Balik sekolah,
kami akan sembahyang di surau,
dan terus pergi study.



Lepas study,
kami akan terus pergi
surau kembali untuk solat Asar.
Sebelum masuk waktu,
aku akan baca Al-Quran dengan
kawan-kawan aku.



Lepas solat Asar,
kami pergi mandi dan
bersiap-siap untuk makan.
Lepas makan, bersiap-siap
untuk ke surau, Sembahyang Maghrib.
Sebelum masuk waktu,
kami akan membaca Al-Quran.



Selepas solat Maghrib,
kami akan dengar ceramah Agama,
tak pun membaca Al-Quran beramai-ramai.
Lepas tu sembahyang Isya'.



Lepas sembahyang Isya',
kami akan terus pergi study.
Lepas study,
iron baju, buat hal masing-masing
sehinggalah pukul 12,
kami di kehendaki tidur.
Kalau lambat tutup lampu,
atau bising selepas pukul 12,
kami akan di denda.



Pukul 4 pagi,
aku dengan roommate aku bangun
untuk mandi.
Sebab malas nak berebut turn mandi.



Seriously.
Kalau dah start pukul 6.15 pagi,
bilik mandi akan mula penuh.
Kalau tak ada orang mandi pun,
mesti ada sesiapa yang letak baldi
di tengah-tengah shower.



Oleh kerana tak mahu berebut,
aku dengan budak katil sebelah aku
bangun seawal 4 pagi untuk mandi.
Bila dah mandi,
kami tidur semula.
Dalam pukul 6.10 pagi,
kami terus ke surau untuk sembahyang Subuh.



Lepas sembahyang Subuh,
kalau ada masa, kami akan
membaca al-quran,
lepas tu barulah bersiap-siap
untuk pergi makan sarapan.



Lepas sarapan,
kami di kehendaki beratur
sebelum pergi ke sekolah.
Masa tu lah,
kakak-kakak Biro Asrama,
membebel pasal disiplin.
Annoying!
Lepas tu,
mula umumkan dorm terbersih
dan dorm terkotor.
Kalau kotor, kena denda.



Paling tak best ialah,
bila ada kakak bijak yang
mencandangkan supaya kami
bergotong-royong setiap hari.
Budak tingkatan 1 dan 2 : Hari Selasa dan Khamis.
Budak tingkatan 3, 4, 5, 6 : Hari Isnin, Rabu, dan Jumaat.
Hari Ahad, semua wajib gotong-royong.


Aku benci! Aku benci! Aku benci! blogger-emoticon.blogspot.com



Peristiwa yang paling aku
tak lupa ialah peristiwa menyeluk tangan
ke dalam lubang dekat longkang.
Eeeewww....



Kakak Bijak tadi marah sebab
lubang tu asyik tersumbat,
then dia suruh kami SEMUA beratur
and seluk tangan ambil sampah.
Setiap orang WAJIB ada sampah di tangan.
Kalau tak,
kena seluk balik semula.
A.P.A.K.A.H???!!



Masa jadi freshie memang lah
tak berani nak melawan sangat.
Bila dah jadi senior,
kami mula lah berani.
Tapi aku jenis yang accept je.
Dalam hati tu membara,
tapi dah kena denda,
buat je lah.



Aku paling tak suka bila,
kakak-kakak Biro cakap :
"Eh, korang kena sikit je tau. Masa time kami dulu, lagi teruk!"



He'elleh~
Aku tak faham betul.
Ayat tu di ungkapkan semasa
kami tengah dalam proses kena denda
seluk sampah dekat dalam lubang longkang.



Apa yang teruk sangat time diorang tu?
Extreme sangat ke senior-senior zaman dulu?
Adakah mereka suruh senior kami yang sekarang ini
seluk sampah dengan menggunakan @#$!&*% ??
(Emotional pulak aku hari ni~)


Enough with the gotong-royong and
denda-denda part.
Bila cakap pasal Asrama,
mesti akan terlintas pasal cerita hantu, right?



Ada saje sejarah hitam sesebuah
asrama itu.
Ada saje pantang larang yang kena buat.
Oleh kerana asrama kami banyak sangat
ghost story,
setiap malam,
kami dikehendaki membaca surah Al-Mulk.
Wajib!
Semua orang WAJIB baca beramai-ramai
dalam bilik masing-masing sebelum tidur.



Pernah suatu hari,
sedang aku seronok-seronok
nak tidur,
tiba-tiba aku terdengar suara
orang menjerit di luar bilik aku.
"Ya Allah~~!!!"



Aku pandang kawan aku yang
tidur di sebelah aku.
Cepat-cepat kami keluar tengok.
Aku tengok budak Junior tu dah
menggigil-gigil depan bilik aku.
Bilik aku di hujung sekali.



Selaku senior (bangga aku~),
aku pun tanyalah kenapa dia menjerit.
Then dia tunjuk ke arah Asrama Lelaki
yang terletak tidak jauh dari bilik aku.
Asrama mereka menghadap asrama kami.



Aku tengok ada lembaga putih,
di tutup muka dan badannya dan di ikat
hujung kain atas kepalanya.



Selepas terdengar Junior aku menjerit,
lembaga itu yang tadi melompat-lompat,
terus berlari lintang pukang.
Ya, dia manusia.
Kami nampak 'seluar pendek' nya.
And, menurut roommate aku,
dia adalah classmate kami.
Saja je nak menakutkan budak lelaki Junior.
Ceh~



Aku ada satu cerita.
Aku tak ingat aku tingkatan berapa
masa tu,
tapi yang pasti, aku senior.
Kami balik kelas lambat,
dan aku terlalu mengantuk
untuk makan lunch.
Balik je dari sekolah,
aku terus tidur.
Sedar-sedar je dah pukul 3.30 petang.



Kami di kehendaki turun study
pukul 3 petang.
Ini bermakna aku dah terlambat.
Aku mula berkira-kira untuk ponteng.



Tiba-tiba,
aku terasa katil aku bergoyang.
Aku ingatkan budak katil atas
aku ponteng study juga.
So, aku relax je la.
Makin lama makin kuat goyangan tu.
Tak ada pula aku dengar suara budak tu.



Bila aku nak turun dari katil,
'ting~' ada ekor binatang tengah
bergoyang-goyang.
Bukan satu, tapi dua!
Sah! itu mesti monyet.
Kelam kabut aku turun study.
Tak jadi nak ponteng.



Tapi,
dalam hati,
aku sangat bersyukur
itu hanyalah monyet.
Kalau benda lain~
OMaiGucci!

___________________


Bila dah jadi budak asrama,
mesti lah ada orentasi, right?
Masa tu, aku jadi Fasilitator.
Bila dah ada orentasi,
mestilah akan ada aktiviti 'Burung Hantu.'.



Di mana peserta akan di tinggalkan
di suatu tempat dan di biarkan bersendirian
sambil mata di tutup.
Mereka akan di beri satu kata laluan.
Jika ada orang yang mengacau,
dia hendaklah cakap kata laluan
tersebut.
Jika kata laluan 'orang' itu salah,
maka dia bukan orang, dia 'orang'.
Hahahha~



Sebelum mengadakan aktiviti tu,
kami telah berbincang dengan detail
bagaimana nak buat aktiviti tu tanpa
membahayakan peserta.
So, in other words, kami meeting
sampai lewat malam.



Balik dari meeting,
aku terus pergi toilet asrama.
Lepas keluar dari toilet je,
aku ternampak ada benda putih di
pagar asrama yang berdekatan dengan hutan.
blogger-emoticon.blogspot.com




Wah!!!
Aku sorang-sorang pula tu.
Kawan-kawan aku dekat bilik study.
Selang 2 bilik dari toilet.
Masa aku basuh tangan,
aku cakap dalam hati :
"Relax AniZz.. kau tak kacau dia, dia tak kacau kau~".

blogger-emoticon.blogspot.com




So,
sepanjang aku berada di toilet tu,
aku relax je.
Dalam hati memanglah dah berdebar.
Tapi, kalau aku pengsan dekat situ,
esok mesti kena ejek punya.



Bila aku dah nak dekat sampai
ke pintu luar,
aku amati benda tersebut,
dan rupa-rupanya itu adalah GUNI.

blogger-emoticon.blogspot.com




Siapa yang bijak sangat letak dekat atas pagar tu??

blogger-emoticon.blogspot.com




In the end,
kami telah membatalkan aktiviti 'Burung Hantu'
tersebut dan menggantikan dengan bacaan yaasin.
Sebab?
Sebelum aktiviti tu, kami buat sketsa
mengenang jasa ibu dan ayah.
And ada budak menangis sampai
sesak nafas.
Aiiyaaaaa~
Terus cancel.



Dah lah itu first time aku jadi Fasilitator.
Sebab selalunya,
pihak sekolah import orang luar.
Melepas aku nak tengok
di sebalik tabir aktiviti tersebut.



Ye lah,
selalunya jadi peserta.
Kena suruh ikat mata,
then jalan pegang tangan
and di pisahkan satu demi satu.
Lepas tu di biarkan sendirian,
and ada fasilitator yang akan incharge
bahagian mengacau peserta.



Bila dah cukup 2 jam,
mereka panggil kami berkumpul.
Then bila kira-kira,
tak cukup orang.
Lepas tu,
ketua fasilitator marah orang bawahan dia,
and suruh mereka cari budak tersebut.



Ceh!
setiap tahun aku ada orentasi.
Setiap tahun ada budak hilang!
Setiap tahun aku tengok lakonan tu.
Bila kami interview budak yang hilang tu,
dia cakap, ada akak fasilitator suruh dia tunggu
belakang dewan.
Mereka berborak-borak,
then baru masuk dalam dewan.



So, blogger-emoticon.blogspot.com
adik-adik di sana yang
juga menghadapi aktiviti tersebut,
tak payah lah nak takut.
Buat apa nak takutkan diri sendiri?
Mereka tak akan berani tinggal
korang sorang-sorang.
Sekurang-kurangnya, mesti ada sorang
fasilitator yang akan jaga.



Anyway,
thank you sebab sudi read my blog.
Aku tengok ada orang Ohio, Qatar, Japan, etc
yang baca my blog.
Hahahaha~
Faham ke??



Hurrmmm..
Maybe I should start
writing an English post?

blogger-emoticon.blogspot.com




Have a Nice Day!! blogger-emoticon.blogspot.com
_________________________

3 comments:

N said...

bikin suspen jer cerita2 seram anda nih,tapi ending lain.haha

AniZz said...

Hahaha~ Tak sanggup experience crita seram dgn ending yg seram~~

Aw Yong SaN said...

kalau xkisah add fb saya zinadine conan, or YM hercule_alif@yahoo.com