Tuesday, December 28, 2010

Diriku yang sebenar_ Part 1

Aku selalu cakap yang
aku ni baik-hati, ramah-tamah,
sopan-santun, lemah-lembut~
Kan? Kan? Kan?


Aku tahu,
mesti ramai orang tak percaya.
Aku pun tak percaya juga..
Tapi nak buat macam mana,
dah memang itu sikap aku~
blogger-emoticon.blogspot.com


Malam ini,
aku tengok my mom scan
kad pengenalan my mom and my dad.
Wah!
Then,my mom pun suruh aku try.
Lepas aku try scan,
aku dah mula ketagih.
Semua benda aku nak scan.
Hahahaahh~


After that,
aku online and cari website
yang boleh baca personality orang
melalui lukisan dan tulisan tangan.
Aku pun try.

Hasil Tulisan Tangan Ku~




Aku tak nak bagi link website tu.
Nanti anda akan cakap,
"Elleh~ Aku pun dapat result yang sama."

atau :
"Kenapa? Kenapa? Tulisan aku buruk sangat ke? Tidaaakkk!!"
(sambil terjun bangunan)


So,
Bagi mengelakkan ada orang
tertekan sampai sanggup terjun bangunan,
lebih baik aku tak payah
letak link website tu.
Hahahahah~


Sorry lah ye..
Aku dah lama tak menulis.
Tapi,
at least anda semua still boleh
baca my handwriting, right?
Ok lah tu~


Oh ye..
Aku tak tahu nak tulis apa..
So, aku tulis lah ayat tu~
Itu je yang terlintas dalam kepala aku..
Heeeee~


Menurut website tu,
perwatakan aku ialah :

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*

Saiz tulisan : Medium

Adaptable, fits into a crowd.
Practical, realistic, balanced, works well with others
or by oneself.

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*


Komen aku :

Sebenarnya,
aku tak adalah bagus sangat
dalam hal-hal bekerja secara berkumpulan.
Biasa saja.
Aku lebih selesa bekerja sendiri,
and kalau tak faham,
aku tanya orang.


Tapi depends la.
Kalau groupmate aku tu semua
baik-baik, rajin,
then I'm fine with it.
Kalau groupmate semuanya pemalas,
hah! I'm not fine with it!


*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*

Saiz Signature : Large

Putting a little effort to be noticed,
strength in communication

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*


Komen aku :

Hahahahah~
Maybe yes..
Seminggu atau dua minggu
sebelum birthday aku,
aku dah announce awal-awal,
and siap tulis dekat whiteboard,
plus buat reminder dalam handphone
semua orang~


Bab yang strength in communication tu,
Hurmmmm...
Aku ni lack of communication skill.
Even Bahasa Melayu aku pun
tunggang langgang~
Kalau anda dengar aku bercakap
sekarang,
Huh, mesti ingat aku ni baru balik
dari London~


Sebenarnya,
aku dah lama sangat bergaul
dengan Darwisha (4tahun).
Bahasa Melayu aku sekarang
sangat OUT.


Contoh :
Perlembagaan.

AniZz : Pembelagaan... Per.. Per.. Perbembagaan..


Hah,
macam tu lah aku.
*geleng kepala*


Lagi satu,
aku jenis yang tak boleh
cakap panjang-panjang.
Aku jadi patah semangat.


Contoh :

AniZz : Tahu tak, aku jumpa RM100 dalam dompet kau masa kau tidur?
Lepas tu, aku lapar sangat, and aku ambil duit kau RM50. Lepas tu aku
keluar pergi beli keropok, chocolate. Lepas beli, aku terus balik.
Balik rumah, aku lupa pulak nak beli air.. Aku ambil lagi RM50 dalam
dompet kau. Lepastu *mumble..mumble...mumble...* (suara makin perlahan)


Hah.
Macam tu lah aku.
Tak pun,
aku akan cakap Bahasa Melayu
terbalik.


Contohnya :


AniZz : Lepas tu, kedai ambil aku pergi air minum dekat situ jugak.




Hah.
Macam tu lah aku.
So,
the conclusion is,
the fact that aku cakap
yang aku ni ramah-tamah adalah
salah 40%.
Aku hanya ramah 60% je.



*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*

Saiz tulisan : Varying

Moods Vary, Unpredictable,
changing behaviour.

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*


Komen aku :

Hurmm..
Agak susah nak kenal
pastikan sama ada tulisan aku
ke kanan atau varying.


Aku pilih varying,
sebab kadang-kadang tulisan
aku tegak.
Bila ngantuk sedikit,
tulisan aku ke kanan.
Bila mengantuk banyak,
tulisan aku macam alien.
Aku sendiri pun tak faham.
Hahahahah~


So,
kalau tulisan aku ke kanan,
aku seorang yang sociable,
interested in others, friendly~
Kalau varying,
mood cepat berubah.


Well,
aku lebih kepada right personality.
Iaitu friendly.
Kalau mood aku berubah,
maksudnya ada benda yang
buat aku tak suka.
Contohnya,
ada orang sorok barang aku,
untuk tujuan bergurau.
I have my own limit.


Kalau sorok pen ke, apa,
aku tak kisah..
Kalau sorok purse di saat aku
tengah kelaparan,
memang nak kena debik dengan aku.
Tapi,
biasanya aku jarang marah lama-lama.
Paling lama 5 minit.
Kalau pandai buat aku ketawa,
cepat je lah aku reda.




*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*

Baseline : Rising

Optimistic, upbeat, positive attitude,
Ambitious, hopeful, emphasizes the positive view,
can do attitude

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*


Komen aku :

Seriously,
kalau aku tulis dekat whiteboard
or kertas kosong,
tulisan aku makin lama,
makin ke atas.


Yup!
Aku memang suka berfikiran positive.
Contohnya,
kalau kawan aku tengah marah
dengan seseorang ni,
aku akan cakap benda yang positive
sahaja tentang orang tu.
Sebab,
mana lah tau,
kawan aku tu tersalah faham~


Contoh :

Amy : Aku bengang betul dengan Kak Senah. Ada ke patut dia
tuduh aku ambil berus gigi dia?

AniZz : Biarlah~ Dia dah tua~ Lagipun, korang punya berus gigi
kan sama color? Kau pergi bagi dia berus gigi kau tu, jom aku teman
beli berus gigi baru.



Amy : Wah~ kau sangat baik hati, AniZz~

Aku : Aku tau~



Ha?
See?
Aku sangat berfikiran positive!
Tapi,
kalau aku kena marah or tegur,
aku akan di selubungi dengan
fikiran negative selama 10 minit,
dan kembali positive selepas itu.



Next time,
aku akan tulis pasal
my drawing pula.
Thank you sebab baca my blog.
(^.^)v



Have a Nice Day!!
__________________________


No comments: