Saturday, November 13, 2010

Lembaga Hitam

Aku tak tahu lah aku
pernah cerita ni ke tak..


Dulu,
masa aku semester ke-6
di UiTM,
buat pertama kalinya aku
balik rumah pada cuti SELAIN
dari cuti Semester.


my mom tak bagi balik rumah
except cuti semester,
sebab rumah Atok dekat dengan my campus.
(kasihan, kan?)


Aku rasa kejadian tu berlaku
masa aku balik cuti Raya Cina.
Aku saje je nak balik rumah.


Sebab,
sepanjang 6 semester aku berada di UiTM,
tu lah first time aku balik rumah
selain cuti semester.


Aku sampai kat rumah waktu malam.
Aku naik bas yang macam kena tarik
dengan 2 ekor lembu.
Lambat giler bas tu.


So,
the next day nya,
my parents semua keluar
pergi sekolah (they're both teachers).


Darwisha (my lil sis) pula,
telah di hantar ke rumah nanny dia.
In other words,
aku tinggal sorang-sorang je kat rumah.


Aku bangun dalam pukul 8 pagi,
then terus tengok TV,
gelak sorang-sorang.


Dalam pukul 10 pagi macam tu,
tiba-tiba aku ternampak ada orang
tengah jalan di depan rumah aku.


Depan rumah aku ada sliding door,
so aku boleh nampak orang jalan
melalui reflection dekat almari kaca
di sebelah TV aku.


Mula-mula aku ingat,
orang tu ialah pekerja jiran aku
yang ikut shortcut untuk ke rumah boss dia.


Tetapi,
aku mula rasa musykil,
sebab orang tu banyak kali lalu
depan rumah aku.
Seolah-olah dia jalan sekeliling rumah aku.


Aku tak perasan sebab,
sliding door yang berada di sebelah aku
di tutupi langsir.
(Aku malas nak buka)


Then,
tiba-tiba aku terdengar bunyi orang
menghentak grill pintu belakang.


First yang terlintas dekat kepala aku
ialah my father!
Sebab,
my father akan buat macam tu
kalau dia sakit perut.


Dia tak nak guna toilet sekolah,
so dia balik rumah.
Bila dia ingat aku tengah tidur,
my father akan menggegarkan
grill pintu belakang bagi
mengejutkan aku bangun.


Lagi kuat gegaran itu,
bermakna lagi sakit perut my father.
(hahahhahahah...)


So,
aku pun pelik lah,
sebab selalunya,
aku akan dengar bunyi kereta or
motor my father kalau itu adalah my father.
(telinga aku sangat peka dengan bunyi-bunyi macam ni)


Aku pun berjalan menuju pintu belakang
yang aku sudah tutup dan kunci sebelum aku
tengok TV pagi tadi.
Dia still lagi menghentak grill tersebut.


Tiba-tiba,
aku ternampak lembaga lelaki
sedang menyeluk tangan melalui
grill tingkap untuk membuka tombol
pintu belakang rumah aku.


Rumah aku SEDANG dalam process
di masuki pencuri.
And, more importantly,
aku sedang menyaksikan
perkara tu secara LIVE.


Tak perlu baca dari surat khabar,
tak perlu tengok dari Berita TV3,
tak perlu tengok melalu movie di Astro.
Aku tengok secara LIVE in Action!


Kalau nak di bandingkan dengan
tengok concert,
aku seolah-olah berada di
Rockpit.
(tempat paling depan sekali)


Aku pun cakap dari jauh;
"Err.. kenapa, ya?"


Lepastu,
lembaga lelaki yang sedang dalam
cubaan membuka tombol pintu
terus memandang aku and
tiba-tiba je lepas tarik tangan,
dia terus hilang.
(si bodoh mana yang nak terus cuba buka tombol pintu tu, AniZz?)


Aku pun terus ambil my handphone
and call my mom.
Aku takut nak guna telefon rumah
sebab takut dia mengintai aku dari luar.


Aku telefon di sebelah buaian Darwisha,
kira dah macam main Hide-and-seek.


AniZz : Mother, tadi ada orang India datang rumah.

Mother : Orang jual barang lah tu agaknya.

AniZz : Tapi dia masuk tangan and cuba nak buka tombol pintu.

Mother : Nanti mother cakap dengan father.


Sebenarnya,
perbualan ini panjang.
Tapi aku just ingat ni je.


Kalau di ikutkan perbualan sebenar,
my mother begitu yakin yang
itu adalah orang yang jual barang rumah ke rumah.


Sampailah dia tersedar yang
aku cakap orang tu dah seluk kan tangan
untuk masuk ke rumah.


Untuk tidak membuang masa
menunggu my father balik,
aku pun terus tengok TV.
Nak hilangkan rasa takut,
aku pun buka channel 303 (KBS TV).
Cerita Korea.
(sebab banyak lelaki handsome)


Aku tengok Tv sambil gelak,
sampai terlupa yang rumah aku
baru je dalam cubaan di masuki pencuri.


Tiba-tiba telinga aku yang
sangat sensitive dengan bunyi desiran angin (cewah!),
aku tipu je,
aku terdengar bunyi kereta my father yang
di bawa dengan full speed
sambil menekan hon kereta.
(macam gangster kan, my father?)


Then,
my father pun menjerit panggil aku.
Aku pun pelik,
kenapa my father balik awal?
sakit perut sangat ke?


Barulah aku teringat
yang tadi rumah aku baru je
dalam cubaan di masuki pencuri.
Terus buat muka macam saksi di mahkamah.
(muka cemas)
Sebenarnya,
aku buat muka macam
makcik-makcik yang datang untuk bergossip.


Bila my father tengok aku Ok,
my father ambil senjata (di rahsiakan)
dan terus masuk ke dalam rumah.


Maaf,
aku tak boleh beritahu senjata
apakah yang di ambil my father ketika itu.
Aku takut orang akan ingat my father adalah gangster.
Tapi percayalah,
senjata itu sangat ganas.
(Machine gun) (^.^)v


My father tengok semua tingkap telah
di buka dengan luas kecuali sliding door yang
berada di Bilik TV yang masih di tutupi dengan
langsir sebab ada gadis pemalas yang malas
nak buka langsir sliding door itu.


Then,
my father pun kunci pintu grill,
and keluar mengelilingi rumah,
meninggalkan aku seorang diri di dalam rumah.


Selepas yakin yang tiada orang di luar rumah,
my father pun suruh aku kunci pintu and
dia cakap dia nak pergi sekolah.


Mungkin lembaga tersebut sudah lari
sebab takut dengan my father punya machine gun
(bukan senjata sebenar).


Then,
telinga aku yang sensitive ni pun terdengar
my father berhentikan kereta dekat depan rumah aku.
Aku nampak melalui sliding door depan rumah
aku yang my father keluar dari kereta.


Sekali lagi telinga aku yang sensitive terdengar
my father tengah bercakap dengan seseorang di depan rumah.


Ok,
mari kita bertukar kepada telinga detective mode :


Father : Kamu buat apa kat sini?
Lembaga : Saya duduk je, cikgu. Tunggu kawan.


Father : Kenapa pula tunggu kawan dekat rumah cikgu?
(sebab jalan raya dengan rumah aku agak jauh)
Lembaga : Saya tengah tunggu kawan, cikgu..


Father : Kamu tak boleh buat macam ni,
kamu tahu kan, yang cikgu takde kat rumah.
Mana boleh kamu duduk dekat sini.
Anak cikgu ada kat rumah,
dia pun takut tengok kamu.
Lembaga : Saya tunggu kawan, cikgu..


Father : Dah, kalau nak tunggu kawan, tunggu
dekat depan sana. Jangan tunggu dekat depan rumah orang.


My father pun terus tengok
lembaga lelaki yang aku ingatkan
India tadi berlalu pergi.
(kepada kaum India, sorry!)


Rupa-rupanya,
dia adalah lelaki Melayu yang
tinggal di kawasan rumah kami juga.


Kenapa aku boleh tak kenal dia?
Sebab,
aku ni budak yang malas bersocial dengan
orang luar.


Aku punya tahap social di sini
terhad kepada classmate aku masa
sekolah rendah.


Lepas lembaga tu pergi,
datang 2 orang pak cik menaiki motor
ke rumah aku.
Salah seorang daripadanya adalah jiran kami.


Dia pelik sebab nampak ada lembaga
berjalan mengelilingi rumah aku.
dia datang nak check.
(bagus kan citizen sini?)


lastly,
my parents balik awal,
and terus pergi report dekat Balai Polis.


Aku and Darwisha (3 tahun) tinggal
dekat dalam rumah,
sebab my father suruh Darwisha jaga aku.
Apakah??


That's all my story..
Kertas report tu still lagi ada
dekat dalam almari kaca untuk
tatapan umum.
Cis.
Polis tu salah eja nama aku!


Bila aku fikir-fikirkan balik,
kenapalah aku just cakap;
"Kenapa, ya?"
masa lembaga tu tengah cuba nak
buka tombol pintu rumah aku?


Kalau boleh di ulang balik,
(nauzzubillah..)
aku nak :

1) Buat muka hantu
2) Tiba-tiba baca surah yassin.
3) Menjerit macam histeria.
4) cakap; "buat apa tu cik abang?"
5) jerit; "Takbir, Allahu Akbar!"


So,
post kali ini,
mesti korang dah dapat tahu
yang dalam rumah aku ada :
* sliding door
* grill
* machine gun


Hahahaahh~

P/S : Ustazah aku cakap,
Kalau baca ayat Kursi,
Allah akan lindungi rumah kita sehingga Subuh.

__________________________________________________

9 comments:

N said...

so..apa jadi kat 'lembaga' tu?? kn tangkap?

AniZz said...

Tak. Dia dah lari. Family dia pun tak tau dia kt mne skang nie. Mystery~ Hahaha

bikbigbeak said...

kalo aku...aku mesti pure2 ckp dlm telefon....xpun ko ley gk ckp...'hoi!jgn bergerak!' cmtu la bru brutal....hahaha

AniZz said...

Bagus! Good idea! Tapi, aku kan lmah-lmbut, sopan-sntun, ramah tamah~ cmne tu??

bikbigbeak said...

haah kn lupe la...ko lembut xmcm pika tu ganaz...yoyo!..hahaha

AniZz said...

Hahaha~ Pika tu mmg da sure 'ganaz'. Tengok gaya dia ckp pn dah tau~

bikbigbeak said...

hahaha....ko nnti stay lame kt johor k...ley jumpe kami nnti..hehehe

rozieyuzailayusof said...

Salam~terserempak blog awak bila achik awak promote. Kelakar lah cara awak bercerita.

AniZz said...

W'salam. Thank you sebab puji my blog! Really love you!

Errr.. Tapi cerita di atas bukan scary ke? Hahahahaha~