Monday, November 15, 2010

Hari Raya Korban dan AniZz

Hari ini kami satu family puasa.
Sebab semalam ada pakcik ni
beritahu yang kalau puasa hari ini,
doa kita sama taraf (klik di sini) dengan doa orang
yang berada di.... somewhere around Mekah.
(Aku lupa pula. Aku tengah ngantuk masa tu.)


Lagipun,
Hari ini kan hari Isnin,
so, my mom 'ajak' kami
semua berpuasa bersama.


Hari Rabu ni dah Raya Haji.
selamat menyambut Hari Raya Haji!!
Kalau mengikut Islamic Calender,
hari Rabu ni bersamaan
10 Zulhijjah 1431. (klik di sini)
Jangan puasa tau! (klik di sini)
Kita tak boleh puasa semasa Raya Haji.
(Aku bukan tak nak bagi korang kurus~)


Bercakap pasal Hari Raya Haji,
perkara yang terlintas dalam
kepala aku ialah; LEMBU.


Aku banyak guna perkataan lembu
sebelum ni..
Selalunya aku guna perkataan Lembu
di dalam bas.


Contoh :
"Bawa bas macam bawa kereta lembu.."
"Mana bas ni?! Still guna Lembu lagi ke? (di tarik oleh lembu)"


So,
dengan ini Maaf ye,
pemandu-pemandu lembu, eh,
pemandu-pemandu bas semua..


Selepas ini,
cubalah mengikuti time line anda.
Kalau kena tiba di Bus Station
pukul 4 pm, datanglah pukul
3.45 pm sekurang-kurangnya..


The reason aku panggil bas lembu
sebab, hari tu aku punya tiket dari
KL - Perak pukul 5pm,
tapi pukul 8 pm baru sampai.
Hati aku dah panas membara.


Lepas tu pula,
ada orang duduk dekat seat aku.
Orang tu punya tiket pukul 8pm.
Ohohoho....
Aku tunggu dari 2 pm, ok?
(Bas Segamat - KL)


Nasib baik ada Cik Bunga (Siti),
classmate aku masa sekolah rendah.
Kebetulan jumpa, and dapat duduk sebelah-sebelah.
Kalau tak,
mesti aku dah cakap bahasa Spanish time tu.
Hahahahahah~


Jangan salah faham,
kalau tak de Siti,
aku still lagi dengan politenya
menerangkan perkara sebenar dekat
orang yang duduk di seat aku.
Even penat or lama macam mana pun,
aku tetap tau adat TataTutuSila.
(Hahahhaaha...)


Oh ya,
Bukan setiap bulan aku panggil
bas lembu.
Satu semester, sekali je..
(Time balik cuti semester)
Sebab my mom tak bagi aku
balik selain dari Cuti Semester.
(kalau kasihan kan aku, pergi cakap dekat my mom)


Lagi satu,
bila dah Raya Haji,
kebanyakan orang akan
masak sup tulang, right?


Aku tak suka sup tulang
time Raya Haji.
Sebab,
dia sangat berminyak,
and ia akan menyebabkan
mulut aku rasa something.


Even aku dah berus gigi berpuluh kali
pun, feeling tu tak akan hilang.
(Maybe style orang kat tempat aku masak macam tu, kot)


Tapi,
aku tetap akan makan juga,
bagi meraikan Hari Raya Haji.
Makan, tapi tak banyak.
Cukup sekadar menghormati lembu
tersebut and tidak membazir daging korban.


Hurmmm...
Seingat aku,
aku tak pernah tengok orang
menyambut raya Haji siap
datang ke rumah and minta duit raya.


I like it! I like it! I like it! I like it! I like it!


Kenapa?
Bila tak de orang datang rumah,
aku tak payah basuh pinggan~
tak payah buat air~


Tapi,
kalau di takdirkan ada orang
datang rumah aku juga,
aku still lagi buat semua tu.
Dengan ikhlas, ok?!
90% ikhlas!
10% lagi tu biasalah...
budak pemalas memang macam tu..


Anyway,
Selamat Menyambut Hari Raya Korban!!


Nasihat aku ialah :

1) Jangan curi lembu orang, ok?

2) Berhati-hati di jalan raya !

3) Berhati-hati di jejantas !

4) Tolong mak anda basuh pinggan!

5) Tolong mak anda kemas rumah!

6) Tolong jangan bawa bas or kenderaan laju-laju!

7) Tolong jangan bagi aku mesej berbunga time Raya Haji.
Aku tak faham~




__________________________________________________


No comments: