Saturday, February 19, 2011

From my point of view~

Aku sangat kagum dengan
Pengarah kampus aku ;
Dato' Prof. Madya Dr. Mizan Bin Hitam.
Kenapa?




Sebab,
berapa banyakkah Pengarah yang
sanggup pergi dari kelas ke kelas
hanya untuk memberitahu yang
pada hari Sabtu (hari ini),
VC UiTM ;
Y. Bhg. Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar,
akan datang melawat ke kampus kami?







Wah~
Bagus betul lah.
Dia tak suruh pembantu dia
tolong inform kan kami.
Tapi dia sendiri yang datang ke kelas
untuk menginformkan sendiri.
(sorry, instead of 'beliau', aku tulis 'dia')



Dr. Mizan cakap dengan kami,
datang pada pukul 2 petang,
selepas sembahyang Zohor.
Sebab, program start pukul 2.30 petang.



So,
JPK (jawatankuasa perwakilan kolej) kami,
dengan 'excited' nya pun mengarahkan kami
berkumpul dan berbaris di ground floor
pada pukul 11.50 pagi.
(sorry, aku anti-senior yang suka menyusahkan)



Ya,
awal 2 jam.
AWAL 2 JAM!!



A.P.A.H.A.L.????



Apa yang kami buat dekat
tengah-tengah panas tu selama
2 jam menunggu program start?
Duduk melepak je.
Dekat bawah pokok~
Dekat atas tangga~
Dekat atas jalan raya~



Ok,
aku faham kalau niat mereka
untuk mengelakkan kami daripada
datang lambat ke Majlis yang kami
MEMANG CONFIRM tak dapat
masuk dalam Dewan, sebab Dewan tersebut
sangat kecil.
Aku faham.



Kenapa tak buat kami datang pukul 1 petang?
Tak pun, 12. 45 petang?
Kenapa mesti 11.50 pagi?



Orang awam yang lalu-lalang pun
tengok kami duduk dan jalan berlegar-legar
di depan UiTM.
Aku tak tahulah apa yang mereka akan fikir.



Dalam pukul 2.15 petang,
VC pun sampai.
Jangan cakaplah reaksi
'Minah-minah gedik' tu.
Menjerit tak tentu pasal.
Mengalahkan sambut artis.
(Minah Gedik bukannya Kakak Senior, ok?)



Berarak,
mengalahkan berarak masa Maulidur-Rasul.
Bersorak,
mengalahkan sambutan Maulidur-Rasul.



Ok,
aku faham..
VC datang, mestilah kena bergembira, kan?
Bukan senang nak tengok VC datang kampus kita, kan?
Kita mestilah kena alu-alu kan kedatangan beliau
dengan penuh hormat, kan?



Entahlah~
from my view,
apa salahnya berselawat,
macam kita buat masa kita sambut
Pengarah Kampus kita?
Tak pun,
sebagai student,
apa salahnya kalau kita bersalaman,
macam MPP salam VC?



Ada korang nampak MPP (majlis perwakilan pelajar) menjerit
tak tentu hala,
melompat-lompat sambil jerit
"Aaaaaaahhhh~~ I love you, VC~!!!" ?
Hahhahahhaha~ (^.^)v



Oh ye,
yang menjerit and bersorak
tak tentu pasal tu budak Diploma.
Course di rahsiakan.
Kawan aku cakap :
"Patutlah menjerit macam orang gila, budak-budak (Diploma)
lagi rupanya.."



Yang student Degree,
semua orang salam ala-ala businessman.
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Anda berjaya mengekalkan imej Business.
Salam dengan penuh hormat!
Bukan menjerit macam monyet.



Hmmm...
Maaf, emotional pula aku ni.
Yela,
dah kena tunggu 2 jam dekat
tengah-tengah panas.
Mendidih lah darah aku ni.



Kawan aku pula,
dia dah cakap :
"Aku lempang jugak budak-budak ni. Menjerit macam monyet. Cubalah baca al-fatihah ke.. Masa Maulidur-Rasul, tak nak pulak buat!"



Biasalah,
matahari tengah terik..
Jalan raya (Tar) mula mengeluarkan
bahang-bahangnya.
Duduk pula di atas tebing jalan yang keras.
Siapa tak bengang bila dengar ada
budak terkinja-kinja buat bising.
Aku? Cool je.
Asalkan mereka tak kacau aku.



PERHATIAN!!
Aku tak marah, aku tak kutuk.
Aku cuma tegur dan menceritakan sahaja.
Aku bukan tak suka VC datang.
Aku bukan tak suka mereka menjerit.
Jeritan itu berjaya memeriahkan suasana.



Aku cuma,
kurang suka bila kami diarahkan
untuk datang awal 2 jam.
Lepas tu, masa beratur dekat kolej,
siap kena marah :
"Cepat lah sikit! Kita dah lambat ni, tau tak?!!"



Seriously?
Kita dah lambat? A.P.A.K.A.H.??!



Ingat,
kalau kita nak orang hormat kita,
hormat orang itu terlebih dahulu.
Kalau anda deal dengan student Degree,
act seperti leader kepada student Degree.



Adakah anda mahu menengking
client atau subordinate anda?
Instead of menengking,
why not kita deal secara psychology?
Macam aku buat dengan Darwisha. (klik link)
Hahaha~




_________________Anizz__________________

2 comments:

Ra. said...

setuju with ur post..haha

but aku trsesat dlm audi td ;)

AniZz said...

Woho~ sekurang-kurangnya,
kau dpt msuk Audi..
Aku...