*Kenangan lesen kereta*
Masa practice dulu,
aku lah satu-satunya pemandu
yang melanggar tiang.
Masa tu suasana sunyi sepi.
Tiba-tiba,
terdengar bunyi tiang jatuh.
Ye.
Akulah orangnya yang
menjatuhkan tiang tersebut.
Aku memang tak reti betul
buat parking.
Last-last,
aku menggunakan kemahiran
menghafal aku,
dengan menghafal berapa banyak
tiang yang aku patut lepas untuk
membuat pusingan parking.
Hari Sabtu 2 tahun yang lepas, aku test JPJ,
Semasa menunggu turn aku,
aku punyalah berdoa supaya
lulus dengan gemilangnya.
Tiba-tiba,
aku ternampak kereta kancil
untuk test JPJ itu berhenti sebelum
kereta tu sempat keluar pagar lagi.
Aku nampak,
seorang lelaki India berpakaian JPJ,
keluar dari kereta sambil menjerit-jerit
dekat pemandu wanita (India).
Aku tak tahu apa kesalahan
perempuan tu,
and obviously, perempuan tu
fail untuk ujian jalan raya.
Aku punyalah berdoa semoga
aku tak dapat JPJ yang segarang tu.
Selepas perempuan tu 'dihalau' keluar,
JPJ tu bawa kereta tu dengan lajunya
dan berhenti berdekatan dengan tempat
kami duduk menunggu giliran.
"Nombor 5!".
Gulp!
OMaiGucci!
Nombor aku!
Seriously,
aku dah boleh nampak
huruf 'F' berterbangan.
Masa tu aku dah fikir :
"I'm dead."
Member-member aku semua
cakap good luck.
Mereka sangat berkeyakinan
sebab semasa latihan,
mereka langsung tak pernah
langgar tiang.
Jurulatih mereka pun sangat
confident dengan 2 orang sahabatku ini.
Jurulatih aku entah pergi mana,
mungkin tengah berdoa atau
menyerah kepada takdir.
Aku pun masuk dalam kereta tu.
Lepas bagi nama, nombor,
aku pun baca 'Bismillah',
and pakai seat belt.
Ok.
Aku just tahu sampai pakai
seat belt je.
Aku memang tak hafal bab-bab
betul kan cermin,
check signal..
Dalam hati aku :
"Tu lah kau AniZz! Sape suruh tak hafal!"
Sekali lagi,
aku boleh nampak huruf 'F'
berterbangan di depan kereta aku.
"Tak payah betul-betulkan cermin. Terus je."
Aku pun pandang JPJ tu,
and terus start enjin.
"Yahhhhooooooooooooo!"
Sampai je depan pagar,
aku dah macam,
"AniZz! Bila kau nak jalan? Kereta banyak ni!"
Lagi sekali,
aku boleh nampak huruf 'F' di depan ku.
Aku dah macam :
"Habis lah kau... Dulu coach tu yang cakap bila nak jalan.."
Seriously!
Aku memang tak tahu
bila aku patut menggerakkan kereta tu.
Lepas lori tu ke?
Lepas kereta tu ke?
"Ha, jalan."
Aku pun pandang JPJ tu.
Lepas anggukkan kepala,
aku terus jalan.
"Yaaahhhooooooooooo!"
Ok,
masa ni lah aku berdoa,
semoga aku tak dapat jalan
yang jauh-jauh.
Jalan untuk test ada 3 bahagian.
Jalan A : Jauuuhhhhh gila.
Jalan B : Jauuuuuhhhh je.
Jalan C : Dekat je.
Coach aku ajar aku dekat
jalan C dan B je.
Jalan A sekali.
Mungkin sebab takut aku
membahayakan nyawanya.
"Ok. Jalan C."
Aku pandang JPJ tu,
and anggukkan kepala.
"Yaaahhhoooooooo!"
Ah,
sudah!
Jalan tengah renovate!
Traffic light merah pulak!!!
Aku nak berhenti dekat belakang kereta mana?
Aku pun berhenti dekat belakang
sebuah kereta.
Betul-betul depan kon tanda renovate.
Kereta aku sekarang dalan keadaan senget.
Sekali lagi,
aku dah nampak huruf 'F' berterbangan.
Lepas je aku belok kanan,
ada apek cina bawak basikal
turut sama membelok.
Aku betul-betul tak nampak
Apek tu.
Hampir-hampir nak langgar Apek tu.
Ah, sudahh!
Habislah kau, AniZz....
JPJ tu mengangkat tangan dekat Apek Cina
tu tanda minta maaf.
"I'm dead."
"Kalau saya buat salah, tegur ye?"
Aku cuba nak bersikap sopan,
harap-harap uncle tu faham.
"Takde tegur-tegur, fail je terus."
Errkkk....
Habislah aku...
Sampai je dekat 'T junction',
aku mula fikir,
bilakah waktunya aku patut membelok?
Ah, sudah!!
"Ha, belok sekarang."
Aku pun pandang JPJ tu,
selepas mengangguk,
aku terus membelok.
"Yaaahhoooooo!"
And Ta~Dah!
Aku dah sampai.
Selalunya,
kalau pemandu bawa kereta
dari start sampai tiba di institut,
ada kemungkinan dia akan lulus.
Tapi aku?
"Macam mana? Saya lulus tak?"
"Nah. Gagal!"
Tiiiddaaaaaaaakkkkkkk!!!
Aku pun tengok kertas yang
dia bagi dekat aku.
WOW!
18/20.
Hhahahahaahhahah!
Aku lulus!!
Aku pun pandang JPJ tu.
Dia pun tersenyum sambil
cakap Tahniah dekat aku!
Hohohohohoh!!
Aku pun keluar dari kereta
dengan membuat muka
pemandu professional
yang tak pernah terlibat dalam
kemalangan atau tidak pernah
membuat cubaan melanggar Apek Cina
yang membawa basikal.
Aku pun pergi mendapatkan 2
orang kawanku yang sedang menunggu giliran.
Kawan A & B : Macam mana, ANiZz?
Aku : Alhamdulillah, lulus.
Kawan A : Wah~ JPJ tu dah la garang, kau boleh lulus jugak?
Kawan B : Kalau AniZz yang tak terror boleh lulus, senang lah kita nanti.
Coach A & B : Eh, AniZz, lulus? Wah!
Ya,
ada sedikit perasaan terhina di situ.
Ah, lantaklah!
Janji aku lulus!
(^.^)v
Selepas tiba giliran mereka,
aku pun tunggu je la di situ
sambil menghadap kertas yang
JPJ tu bagi.
Aku mula memberi sedikit nasihat
dekat orang-orang yang tengah tunggu
giliran masing-masing.
Fuh!
Banggalah aku.
Hanya ada beberapa orang je yang lulus,
and yang lain banyak yang gagal.
Semua orang mula meminta tips-tips
dari aku yang hebat ini.
Mestilah aku kena berlagak
macam hebat.
Macam orang yang tak pernah cuba
nak langgar Apek Cina bawa basikal,
atau langgar tiang masa latihan kereta.
Tiba-tiba,
kawan A aku datang sambil
menangis teresak-esak.
"Why my friend? Why?"
Rupa-rupanya dia fail.
Oh... kasihannya..
Kesalahan dia?
Dia tidak memakai seat belt.
So, fail terus.
Selepas kawan A mula bertenang,
giliran kawan B datang sambil
menangis teresak-esak.
"Why my friend, why?
Rupa-rupanya dia fail.
Oh... kasihannya...
Kesalahan dia?
Kawalan stereng kot, etc.
So, fail terus.
Eh? kejap?
Aku sorang je yang lulus?
Wohohohohoh~
Tapi,
walaupun aku lulus,
aku terpaksa buat muka
macam gagal juga.
Tak kan lah nak tersengih-sengih
depan orang yang fail test, kan?
Ya.
Orang yang korang cakap
tak terror ni lah yang lulus, tau?!
Orang yang korang ingat fail,
plus dapat JPJ garang yang baru lepas tengking
pemandu sebelum aku, ni lah yang lulus tau?!
Muaahahhahahaha~
Oh ye.
Aku ambil 2 test.
Motor dan kereta.
Mestilah motor, aku fail.
Kawan aku pun fail motor juga.
Balik je rumah,
lepas bye-bye mereka sambil buat muka
orang yang turut fail,
aku pun lari sekuat hati masuk ke dalam rumah.
Aku memang tak sabar-sabar
nak buat muka pemandu professional
depan family aku.
Heeee~
Oh,
hari tu,
aku memang tak jemu-jemu
buat muka pemandu professional
dekat dalam rumah aku.
Walaupun motor aku fail,
tapi kereta aku lulus!
To Be Continued....
____________________
____________________
2 comments:
LOL !! ahaha, siyes lawak post nih,tergelak2 kt dpn laptop nih
Heeeee~ Bagus, bagus~
Post a Comment